Jumaat, 7 Ogos 2015

Resepi Kelapa Jelly Mudah Poksu



Poksu tahu, mesti ramai yang suka makan kelapa jelly, kan? Rasa lembutnya, terutamanya apabila dimakan sejuk memang sedap. Tambah-tambah lagi ada isi kelapa untuk dikunyah-kunyah. Sedap!

Jadi, kali ni Poksu nak kongsikan resepi kelapa jelly yang anda boleh cuba di rumah. Tak susah pun nak buat sebenarnya. Cuma, kalau pertama kali buat tu, sama ada menjadi atau tak saja lah. Hehe.

Bahan-bahan:


  • 2 bijir air kelapa yang diambil juga isinya
  • 3 liter air kosong
  • 1 bungkus jey kelapa
  • 200 gram gula

Cara memasak:


  1. Masak air kosong bersama air kelapa yang dua biji tadi
  2. Masukkan 200 gram gula dan masakkanya hingga mendidih
  3. Kemudian, masukkan pula isi kelapa bersama jelly. Kacau bahan sehingga sekata.
  4. Matikan api dan masukkannya ke dalam acuan yang diinginkan.
  5. Sejukkan jelly kelapa tersebut. Seeloknya diletakkan dalam peti sejuk.
Jadi, selamat mencuba. Kalau menjadi, jangan lupa bagitahu Poksu!


Gambar oleh UmmiCooking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan